Rabu, 15 Julai 2009

Back to basic

Akhirnya berakhir juga mesyuarat back to basic dengan SPA JPNJ.Selepas bertungkus- lumus menyiapkan dan memurnikan bahan,rasa lega kepala.lepas ni boleh ambil balik tugas yang tersangkut kat pagar sekolah pada hari isnin.Terima kasih kepada En.Amir kerana bagi chance jadi member blog ni.Kepada En. Abu dan Hamsani, korang memang best.Tapi kan lagi best kalau bawa kita orang naik feri express sekali lagi.Untuk team sains dan matematik, you are the best.

Terima Kasih le..

Yahoo........... akhirnya dapat join gak dengan korang.
Nanti le bila ada bahan, boleh le saya faraidkan untuk semua

Terima Kasih

Sekalung terima kasih Kerana Menjemput saya sebagai ahli baru dalam blog ppmpupsr sains negeri johor.

Isnin, 18 Mei 2009

HARI GURU

Receive my simple gift of "TEACHERS' DAY" wrapped with "SINCERITY" ,tied with "CARE" and sealed with a "PRAYER" to keep you "SAFE" & "HAPPY" all life long .... Happy Teachers' Day!

Ahad, 17 Mei 2009

SAJAK BUAT SEMUA GURU.

GURU O GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG1979

Selamat Hari Guru

Sabtu, 16 Mei 2009

Hari Guru.

Selamat Hari Guru, semoga anda menjadi seorang guru yang cemerlang dihati anak muridmu.